pakaian perempuan dari sudut mata lelaki…

Posted in Uncategorized on October 7, 2008 by alin3126

Pakaian Perempuan Dari Sudut Mata Lelaki.Allah telah menjadikan manusia ini
berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan
lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait
dengan nafsu,
>ianyaada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi
untuk mengawal
>nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk
mendapatkan iman mesti
>menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
>
>Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol
apa, ana rasa
>semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi
yang nakal jika
>tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini
selalu menjalar
>apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk
badan seorang
>perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan
berbagai-bagai
>tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat
seorang
>perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya
ialah rambut
>wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2
cara oleh seorang
>lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana
itulah wanita wajib
>menutup rambutnya.
>
>Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata
lelaki itu akan
>turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah
wanita itu
>menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi
melihat bentuk
>payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup
bentuk payu
>daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata
lelaki akan
>turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka
labuhkanlah
>pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki
>itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka
wajiblah wanita
>itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan, dan
>lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka
janganlah sesekali
>wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk
>pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh
lelaki itu akan
>bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu
berseluar, kerana
>terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah
itu bertudung
>labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar
>sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak
>tahu kenapa?
>
>Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan
bentuk kakinya,
>maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada
kakinya, maka
>wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak
berdosa, menutup
>kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin
yg warnanya
>jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata
lelaki ini akan
>kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan
wanita itu, maka,
>tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung
menutupi bentuk
>tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka
wahai lelaki,
>janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan
menimbulkan
>fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin
meminangnya. Jika
>wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik
akan menimbulkan
>fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik
untuk kamu.
>Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata
>lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia
terlihat warna
>yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada
perempuan. Maka
>oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai
pakaian yang
>warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai
pun, pakailah
>untuk suami.
>
>Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata
>lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat
telah ditutup,
>jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula
kita menjaga
>kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,
keluarlahdengan
>mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu
>gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar
langsung kepada
>muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat
>dunia akhirat.
>
>Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf
>seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak
menutup aurat, dan
>pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak
mencuri2 melihat
>wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
>Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
 
 
 
 

 

 

RENUNGAN BERSAMA…….

Posted in Uncategorized on September 23, 2008 by alin3126

tentang waktu

Aambillah waktu untuk berfikir…itu adalah sumber kekuatan,

Ambillah waktu untuk bermain…itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,

Ambillah untuk berdoa…itu adalah sumber ketenangan,

Ambillah waktu untuk belajar…itu asdalah sumber kebijaksanaan,

Ambillah waktu untuk mencintai & di cintai…..kerana itu adalah anugerah Allah,

Ambillah waktu untuk bersahabat…itu adalah jalan menuju kebahagiaan,

Ambillah waktuk untuk tertawa….itu adalah musik yang menggetrarkan jiwa,

Ambillah waktu untuk memberi…itu adalah membuat hidup terasa beerti,

Ambillah waktu untuk bekerja …itu adalah nilai keberhasilan,

Ambillah waktu untuk beramal…itu adalah kuncu menuju ke SYURGA IDAMAN.

KENANGAN ABADI…

Posted in Uncategorized on September 17, 2008 by alin3126

KENANGAN SEKITAR KAMPUNG PERMATANG PERAK.

selamat datang..

Posted in Uncategorized on September 22, 2008 by alin3126

Surah Ali-‘Imran :110

Posted in islamic, Uncategorized on September 22, 2008 by alin3126

” Kamu ( wahai umat Muhammad ) adalah umat yang terbaik(daripada sekalian umat) yang dilahirkan untuk (memberikan kemanfaatan kepada seluruh) manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah. Sekiranya ada ahli kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka kerana ada diantara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”.

Hadith

Posted in islamic on September 22, 2008 by alin3126

Hazrat  Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda, ” Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”     ( Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, dan ibnu Majah )

 

Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ” tidak dibenarkan sebarang hasad dengki kecuali terhadap dua jenis orang.  Seseorang yang Allah telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (dijalan Allah) siang dan malam”  ( Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi dan Nasai )

Salam Ukhwah!!!!!!!!!!!!!!

Posted in Uncategorized on August 7, 2008 by alin3126