Hadith

Hazrat  Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda, ” Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”     ( Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, dan ibnu Majah )

 

Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ” tidak dibenarkan sebarang hasad dengki kecuali terhadap dua jenis orang.  Seseorang yang Allah telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (dijalan Allah) siang dan malam”  ( Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi dan Nasai )

Leave a comment