Archive for the islamic Category

Surah Ali-‘Imran :110

Posted in islamic, Uncategorized on September 22, 2008 by alin3126

” Kamu ( wahai umat Muhammad ) adalah umat yang terbaik(daripada sekalian umat) yang dilahirkan untuk (memberikan kemanfaatan kepada seluruh) manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah. Sekiranya ada ahli kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka kerana ada diantara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”.

Advertisements

Hadith

Posted in islamic on September 22, 2008 by alin3126

Hazrat  Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda, ” Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”     ( Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, dan ibnu Majah )

 

Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ” tidak dibenarkan sebarang hasad dengki kecuali terhadap dua jenis orang.  Seseorang yang Allah telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (dijalan Allah) siang dan malam”  ( Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi dan Nasai )